SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SOFBOL MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peraturan Pertandingan Sofbol MSSM



1.               UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1          Pertandingan dijalankan mengikut   Undang-Undang Permainan    Sofbol Antarabangsa            ( ISF- Fast Pitch 2010-2013).
1.2          Tertakluk kepada Peraturan Am MSSM terkini
1.3          Peraturan untuk kategori umur 12  dan  18 tahun dan ke bawah tertakluk kepada  
               pindaan  yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal MSSM.

2.         JENIS PERTANDINGAN
                2.1          Pertandingan berpasukan antara MSS Negeri 12 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan         perempuan.
                2.2          Pertandingan berpasukan antara MSS Negeri 18 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan         perempuan.

3.            KELAYAKAN PEMAIN

                3.1          Semua pemain mesti mematuhi Peraturan Am ( 3 ) dan ( 4 ) MSSM
                3.2          Kategori 12 tahun dan ke bawah;

                               3.2.1       Semua   pemain bagi pertandingan   adalah 12 tahun   dan   kebawah  dan                                                     kiraan                 umur    adalah pada 1 Januari tahun pertandingan atau dilahirkan pada                                                           atau selepas 1  Januari 2002
3.2.2           Semua pemain diwajibkan membawa  salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Guru Besar/Penolong Kanan sekolah berkenaan.

                3.4          Kategori 18 tahun dan ke bawah;

                               3.4.1       Semua pemain bagi pertandingan adalah 18 tahun dan kebawah  dan kiraan                                                                umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan atau dilahirkan pada atau                                                     selepas 1  Januari 1996 .
3.4.2           Semua pemain diwajibkan membawa kad pengenalan asal.


4.            PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

4.1          Setiap pasukan mesti mempunyai tidak lebih daripada 15 orang pemain dan tidak                                        melebihi 2 orang jurulatih dan seorang pengurus pasukan.

4.2          Setiap pasukan mesti disertai oleh PENGURUS PASUKAN  pada masa perlawanan                                    dijalankan.

4.3          Pendaftaran :  Sebarang perubahan atau pindaan pada borang pendaftaran dibenarkan            pada mesyuarat/taklimat pengurus-pengurus pasukan, jika pengurus berkenaan membawa surat pengesahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung/Yang Dipertua MSS Negeri masing-masing dengan cop rasmi.

                4.4          Semua proses pendaftaran pemain mesti mematuhi Peraturan Am ( 4 ) MSSM




              


5.            SISTEM PERTANDINGAN

5.1          Sila rujuk  Peraturan Am ( 11) MSSM.

5.2          Tempoh Perlawanan:

               5.2.1       Kategori 12 tahun dan kebawah:
                               5.2.1.1   Semua perlawanan pusingan awal adalah  selama 1 jam atau 7 inning.
                               5.2.1.2   Pusingan kedua dan seterusnya adalah selama 1 jam 20 minit atau 7                                                                              inning,
5.2.1.3    Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning ketiga, 10 larian dalam inning keempat dan 7 larian dalam inning kelima selepas tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.
               5.2.2       Kategori  18 tahun dan kebawah:
5.2.2.1    Semua perlawanan pusingan awal adalah  selama 1 jam 20 minit  atau           7 inning.
                               5.2.2.2   Pusingan kedua dan seterusnya adalah selama  2 jam  atau 7             inning,
5.2.2.3    Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning ketiga, 10 larian dalam inning keempat dan 7 larian dalam inning kelima selepas tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.
5.2.2.4    Dalam tempoh perlawanan masa, permainan mestilah ditamatkan jika pasukan memukul kedua ( Second at bat ) mendahului lawannya.

6.            KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN

                6.1          Pemberian mata dalam pusingan awal adalah seperti berikut:

                                               Menang                                -              2 mata
                                               Kalah                                    -              1 mata
                                               Kalah tanpa pertandingan               -              0 mata
               
6.2           Kedudukan akan dikira seperti berikut;

                            6.2.1    Keputusan perlawanan antara semua pasukan  di ambil kira.  Pasukan yang mempunyai  
                                        bilangan kalah paling rendah akan diletakkan  di kedudukan yang lebih tinggi,

          Jika seri

                             6.2.2  Keputusan perlawanan pasukan terbabit akan diambil kira, Pasukan yang menang akan   
       diletakkan  pada kedudukan yang lebih tinggi ( jika dua pasukan terlibat),

          atau  

6.2.3  Jika lebih daripada 2 pasukan terlibat, Jumlah larian kena setelah tamat pusingan             awal  
          diambil kira, Pasukan yang mempunyai larian kena paling rendah akan diletakkan pada  
          kedudukan yang lebih tinggi. Kiraan larian hanya melibatkan pasukan yang seri sahaja.

                                        ( Definisi “Larian Kena” – Jumlah larian yang diperolehi oleh pasukan lawan ).


               6.2.4  jika seri juga, cabutan undi akan dijalankan, Pasukan pertama pilih akan diletakkan pada   
                         kedudukan yang lebih tinggi.
                            



6.3         Penentuan RANKING ( DIPERSETUJUI PADA MESYUARAT PTPS BIL 1/2013, N SEMBILAN )

6.3.1   Dengan mengambil kira peratus larian dapat kepada larian kena, jika peratus  
           adalah lebih tinggi maka ia diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi.

              
6.3.2  Pasukan yang  layak  pada  kedudukan Johan dan  Ke empat  memperolehi point                           
( 50,35,25 dan 20 ), bagi kedudukan ke 5 dan ke 8 ( berdasarkan RANKING –                         dengan  perolehan  point  –  16, 14, 12, 10 ),  bagi  kedudukan  ke  9 dan ke 10                         (berdasarkan Johan dan Naib Johan Looser Pool ( Berdasarkan RANKING –                         Dengan perolehan point 8 dan 7 ) manakala kedudukan ke 11 dan ke bawah                          (  berdasarkan RANKING- dengan perolehan point 6, 4, 3, 2 dan 1 )

BIL
KEDUDUKAN
MATA
BIL
KEDUDUKAN
MATA
1
JOHAN
50
8
KE 8
10
2
N. JOHAN
35
9
KE 9
8
3
KE 3
25
10
KE 10
7
4
KE 4
20
11
KE 11
6
5
KE 5
16
12
KE 12
5
6
KE 6
14
13
KE 13
4
7
KE 7
12
14
KE 14
3




15
KE 15
2











7.            PAKAIAN/PERALATAN

7.1          Sila rujuk Undang-undang Antarabangsa Permainan  Sofbol
7.2          Pengurus pasukan, jurulatih  dan  pemain  mesti  memakai  pakaian  seragam   pasukan    yang telah  ditetapkan.  Nombor pemain mesti  dipamerkan di belakang pakaian seragam itu. Dua  pasukan  yang  bertanding tidak  boleh  memakai   pakaian  seragam   yang sama  warna  ( Pasukan  yang  disebut  akhir  dalam  jadual   hendaklah  menukarkan pakaiannya ).( Bermula tahun 2015 : jersi mestilah bernombor dihadapan dan belakang ).
7.3          “ Face mask with helmet”, “catcher helmet”,”throat protector”,”chest protector”,“leg guard” adalah DIWAJIBKAN dipakai semasa  pertandingan.
                7.4          “Batter helmet” MESTI dipakai oleh pemukul menunggu, pemukul, pelari bes  dan pemain                          yang menjadi jurulatih di petak jurulatih.
               

8.            KELEWATAN    
              
Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan  2  mata dan  larian    7 -  0  untuk  perlawanan itu saja.

9.            BANTAHAN

9.1          Bantahan keatas perkara-perkara teknikal hendaklah diselesaikan di atas padang dan keputusan Ketua Pengadil adalah muktamad.
9.2          Perkara-perkara berkenaan hal kelayakan pemain akan diselesaikan oleh Lembaga Rayuan.
9.3          Bantahan atas perkara 9.2  hendaklah dibuat scara bertulis dengan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 tidak lewat dari satu jam selepas tamat perlawanan.  Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekirannya bantahan yang dibuat ditolak.

               





10.          JURI RAYUAN

                Sila rujuk Peraturan AM  ( 14) MSSM terdiri  daripada:

                10.1        Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya,
                10.2        Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
                10.3        Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sofbol MSSM
                10.4        Ketua Pengadil Pertandingan
                10.5        3 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan kes/bantahan.


11           BOLA PERTANDINGAN

Bola rasmi kejohanan adalah sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat pengerusi-pengerusi teknik dan pembangunan sofbol atau  bergantung kepada bekalan semasa.
               

12.          PERKARA YANG TIDAK DIJELASKAN

Perkara yang tidak dinyatakan dalam PERATURAN AM MSSM  dan PERATURAN PERTANDINGAN  ini  akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM dan keputusan adalah muktamad.








No comments:

Post a Comment