SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SOFBOL MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday 10 August 2017

Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sofbol MSSM2017

Majlis penutup Kejohanan Sofbol MSSM 2017 telah diadakan di UTM Sports Hall, Johor Bahru. Majlis bermula pada jam 3.30 petang dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Shaharudin b Sharif.
Antara kontinjen - kontinjen pada majlis penutup
Terima kasih kepada Tuan Pengarah, Tuan Haji Shaharudin kerana sudi merasmikan majlis penutup kejohanan ini. Dengan ini berakhirlah sudah Kejohanan Sofbol MSSM 2017

Kejohanan Sofbol Hari Kelima. Perlawanan Akhir

Perlawanan akhir bagi kejohanan ini bermula pada jam 10.30 pagi. Pasukan yang bertanding pada perlawanan penentuan juara adalah seperti berikut: 1. L18 - Selangor vs Pahang 2. P18 - Johor vs Selangor 3. L12 - Johor vs Perak 4. Selangor vs Johor
Kehadiran Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Tuan Haji Shaharudin b Sharif memeriahkan lagi suasana kejohanan
Antara pasukan yang bertanding dalam perlawanan akhir
Tahniah kepada pasukan Johor kerana menjadi johan keseluruhan

Kejohanan Sofbol MSSM Hari Kelima. Tempat Ketiga dan Keempat

Hari kelima kejohanan menyaksikan penentuan tempat ketiga dan keempat. Pasukan yang bertanding adalah seperti berikut: L18 - Johor vs Kuala Lumpur P18 - Pulau Pinang vs Pahang L12 - Negeri Sembilan vs Selangor P12 - Kelantan vs Perak
Sorakan penuh semangat di saat- saat akhir sebelum perlawanan dimulakan
Kepercayaan penuh diberikan oleh jurulatih kepada pemain
Penyusunan strategi amat penting sebelum memulakan perlawanan
Ketangkasan dan kelincahan yang ditunjukkan oleh para pemain sentiasa berada pada tahap tertinggi

Wednesday 9 August 2017

Kejohanan Sofbol MSSM Hari Keempat. 9.8.17.

Kejohanan masuk hari keempat dimulakan dengan kategori 'Final Looser Pool' di SK Taman Universiti 1 & 3. Keadaan padang yang basah tidak melunturkan semangat para pemain untuk memberikan prestasi terbaik untuk pasukan.
Semua pihak memainkan peranan yang penting bagi menjayakan kejohanan ini termasuk pekerja sekolah yang sedang membaiki keadaan padang.
Semangat kesukanan yang tinggi dikalangan pemain dan penyokong
Wajah ceria di hari kejohanan
Jurulatih memainkan peranan yang penting dalam memastikan fokus dan motivasi pemain sentiasa kekal pada tahap optimum

Tuesday 8 August 2017

Kejohanan Sofbol MSSM (Peringkat Kumpulan). Hari Ketiga 8.8.17

Kejohanan masuk hari ketiga dengan saingan diperingkat kumpulan. Perlawanan dihentikan seketika pada jam 11.00 pagi kerana hujan lebat dan petir. Keadaan padang yang basah selepas hujan agak mempengaruhi corak permainan pasukan yang bertanding. Walaubagaimanapun, perlawanan dapat diteruskan dengan lancar setelah hujan kembali reda.
Para pengadil berbincang ditengah waktu perlawanan untuk mendapatkan keputusan yang adil bagi kedua-dua pasukan.
'Strength lives in a mind of a champion'
Jurulatih memberikan arahan kepada pemain sewaktu perlawanan sedang berlangsung
Pemain memberikan sepenuh perhatian sebelum masuk ke padang

Monday 7 August 2017

Kejohanan Sofbol MSSM (Peringkat Kumpulan) Isnin 7.8.17. Sesi Pagi

Hari kedua kejohanan (Peringkat Kumpulan/ Sesi Pagi)
Semangat kesukanan yang ditunjukkan sesama pasukan
Kehadiran ahli keluarga menyemarakkan lagi semangat juang diiringi doa ayah dan ibu
Para pemain hadir dengan semangat juang yang membara
Walaupun berlainan pasukan, semangat persahabatan melalui sukan dapat terjalin dengan erat

Kejohanan Sofbol MSSM (Peringkat Kumpulan) Isnin 7.8.17. Sesi Petang

Hari kedua kejohanan pada 7.8.17 (sesi petang)
Para pelajar beratur dengan penuh disiplin untuk menikmati minuman Milo yang dingin pada cuaca diwaktu petang yang panas.
Para penyokong memberikan sokongan yang padu untuk pasukan mereka

Sunday 6 August 2017

Kejohanan Sofbol MSSM 2017 (Peringkat Awal) - Sesi Pagi

Hari pertama kejohanan Sofbol MSSM 2017 di SMK Taman Universiti, SK Taman Universiti dan SK Taman Universiti 3, Johor Bahru.
En Anuar Idris, Penyelaras Sofbol MSSM
Venue 1: SMK Taman Universiti
Venue 2: SK Taman Universiti 3
Venue 3:SKTaman Universiti 1

Kejohanan Sofbol MSSM 2017 (Peringkat Awal) - Sesi Petang

Hari pertama kejohanan Sofbol MSSM 2017 di SMK Taman Universiti, SK Taman Universiti dan SK Taman Universiti 3, Johor Bahru. Sesi Petang
----->>> Klik Sini untuk melihat lebih banyak gambar. ---->>> Klik Sini untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang Kejohanan Sofbol MSSM 2017.